Sayapku akan membawa kamu terbang tinggi~

Thursday, 24 February 2011

Pagi~~

Hahaha, woowwwww, pagi ini aku berasa sangat bersemangat..napa erk???terima kasih Tuhan kerana telah memberi aku hidup yang baru hari ini..setiap perjalanan hidup ini perlu di tempuhi dengan tabah..aku harus tetap senyum dan gembira bersama dengan sahabatku disini..Ya Tuhan, kuatkanlah aku..
Siapakah aku???Aku merasakan bahawa aku adalah bahan uji kaji. Mungkin pemikiran atau pendapat aku ini tidak dapat diterima oleh kalian. Mengapa aku mengatakan hal sedemikian?? Aku pernah terfikir bahawa manusia di bumi ini dikawal atau sekadar menjadi hiburan kepada orang asing di luar dunia ini. Siapakah mereka?? Makhluk asing. Tetapi apakah mereka sebenarnya 'MAKHLUK ASING' ataupun kita yang makhluk asing?? Ermm, itu pendapat aku ler, tapi x salahkan aku berfikir begitu. Pandangan itu sesuatu yang subjektif dan semuanya betul. Ok, aku akan terangkan mengapa aku berfikir sedemikian. Kadang- kadang aku merasakan aku sedang diperhatikan oleh orang lain, setiap perbuatan dan segala tingkah laku aku seperti sedang diperhati. Mungkinkah orang yang memerhatikan kita itu makhluk asing??Mungkin ya. Aku berpendapat kita manusia adalah ciptaan makhluk asing dan kita sedang berdrama. Ya, kita sedang berlakon. Mereka sedang berhibur menonton kita. Bukan aku tidak percayakan Tuhan, ttpi aku sekadar menyatakan pendapat aku terhadap hidup ini. Aku merasakan yang kita menjadi buah catur makhluk asing tersebut. Kita kata takdir, ttpi mungkin hal tersebut sudah dirancang dahulu oleh mereka?? Ya, mungkin juga. Ok, satu hal yang membuat saya berfikir sebegini adalah soalan yang sangat susah, dan bagi sesetengah orang mungkin soalan tersebut soalan bodoh. Ini soalan saya, dari mana wujud dan asal usul Tuhan?? Mungkin ada pihak ada mengatakan Tuhan adalah tidak beranak dan diperanakkan. So, x mustahil kita berfikir beginikan??? Oleh hal itu, saya berpendapat bahawa kita dicipta oleh makhluk asing dan mereka menguasai kita sekarang!!ermm, cuba renung- renungkan..hehehe

Wednesday, 23 February 2011

Pertama kali...

Aku baru je mula blog ni.. so ada yang kekurangan...tambah-tambah la ya... :)